Illuminati berasal daripada perkataan Latin, ‘illuminatus’ yang bermaksud enlightened, diterangi (dengan pengetahuan terahsia). Kewujudannya hari ini adalah kesinambungan daripada Illuminati Bavaria yang ditubuhkan pada 1 Mei 1776, penubuhannya pada tarikh itu merupakan detik kesepakatan semua pertubuhan rahsia di seluruh dunia dalam menjayakan agenda rahsia secara bersama. Ia lebih tepat jika dikatakan semua pertubuhan rahsia bersatu dalam satu pakatan besar untuk menguasai dunia.
Kesepakatan itu dibuat antara pergerakan rahsia seperti Freemason/Masons (Yahudi Zionis), Skull & Bones (Amerika) dan beberapa pertubuhan rahsia yang lain termasuk pertubuhan-pertubuhan rahsia yang tidak mempunyai nama di Eropah. Walaupun sebelum bersatu, mereka telah lama berkongsi cita-cita yang sama dan berkongsi simbol-simbol pengenalan yang sama, serta mengamalkan ritual yang sama.
Pergerakan Illuminati bersatu yang ditubuhkan pada 1776 merupakan idea Adam Weishaupt iaitu seorang yang berfahaman Jesuit dan merupakan professor di Universiti Ingolstadt. Weishaupt secara rahsia mengumpulkan semua ketua pertubuhan rahsia yang berfahaman bebas atau ‘freethinker’ yang tidak mempercayai ketuhanan, yang telah lama wujud dan merosakkan agama sejak zaman berzaman.
Mereka juga dikenali sebagai Illuminati Order, Perfectibilists dan Bavarian Illuminati.
Sesetengah penulis sejarah seperti Augustin Barruel dan John Robinson berpendapat, peristiwa Revolusi Perancis (1789-1799)tercetus disebabkan ‘hasil kerja’ pertubuhan rahsia tidak bernama yang wujud di Perancis ketika itu. Pergerakan itu mengambil kesempatan daripada sentimen kebencian rakyat terhadap golongan istana bagi menjatuhkan King Louis XVI dan mewujudkan pemerintahan baru. Alasan seperti faktor kemiskinan rakyat, penindasan rakyat oleh golongan istana dan ke arah mewujudkan Perancis yang lebik baik, menjadi modal dalam mengaut sokongan rakyat Perancis.
Rancangan mewujudkan pemerintahan baru di Perancis itu adalah strategi awal dan terpenting untuk menjayakan agenda penubuhan negara politik berpaksikan Zionis iaitu Amerika. Peristiwa pembunuhan keluarga diraja Perancis membawa kepada peralihan pemerintahan baru yang dianggotai ahli-ahli pertubuhan rahsia dalam tampuk pentadbiran negara.
Pra-Revolusi: National Assembly (1789)
Pada 10 Jun 1789, Mesyuarat Ahli Third Estate diubah kepada nama Mesyuarat Rakyat (Common’s Meeting) dengan menjemput dua lagi ‘estate’ dalam menganggotai mesyuarat itu yang akhirnya berjaya dilaksanakan pada dua hari kemudian dan berakhir pada 17 Jun dan selepas itu mesyuarat berkenaan dikenali sebagai National Assembly. Deklarasi daripada mesyuarat itu meluluskan untuk mengambil langkah radikal bagi mengubah masa depan Perancis dan mereka kemudiannya mengajak dua lagi pertubuhan untuk terlibat sama dalam agenda itu. Agenda menggulingkan King Louis XVI dijalankan secara senyap dengan melibatkan ahli-ahli mesyuarat itu dan seterusnya menjadi lebih berani selepas berjaya meraih sokongan rakyat.
Pada 4 Ogos 1789, National Assembly secara rahsia telah bersetuju menamatkan sistem feudal dan secara terang meluluskan Deklarasi Hak Rakyat (deklarasi ini sama seperti yang diamalkan Amerika hari ini) dengan mengetengahkan prinsip-prinsip hak asasi rakyat yang mempunyai autoriti sama taraf dengan undang-undang (undang-undang yang tidak boleh dipertikaikan termasuk campur tangan raja) dan secara tidak langsung mereka menjadi badan sah yang membuat draf undang-undang. Dalam diam juga, mereka mencatu makanan secara terancang supaya rakyat kebuluran. King Louis XVI yang sedar dengan perkembangan itu kemudian mengambil langkah mengharamkan National Assembly melalui tindakan tegas.
Mereka menyebar berita bahawa King Loius XVI adalah syaitan untuk membakar kebencian rakyat, padahal merekalah penyembah syaitan yang merancang segala peristiwa.
Atas dasar hak asasi manusia, golongan ini secara rahsia menyebarkan propaganda mengenai keperluan mewujudkan negara Perancis yang baru dan telah berjaya menghasut para wanita terutama kaum ibu dan surirumah di Perancis supaya memberontak. Kemudian pada 5 Oktober 1789, kumpulan wanita yang menjadi mangsa kebuluran ini berkumpul di sekitar Paris dengan melaungkan pembaharuan segera dan meminta istana mengembalikan kuasa National Assembly yang lebih sensitif terhadap keperluan rakyat.
Kumpulan protes yang dianggotai kaum wanita itu kemudian meningkat kepada lebih 8,000orang dalam masa singkat dan bergerak ke Versailles (bandar diraja Perancis ketika itu) dengan lebih radikal, membawa meriam, senjata api dan senjata tajam. Akibat tekanan itu, keluarga diraja berpindah ke Paris.
Kesan bunga-bunga revolusi turut memberi tekanan terhadap kuasa gereja dan golongan pemimpin revolusi (ahli pertubuhan rahsia) ini bertindak mencampuri urusan gereja katolik kerana pihak gereja merupakan institusi yang memiliki tanah dengan keluasan terbesar di negara itu. Pada 1790, undang-undang baru diluluskan supaya gereja tidak lagi mempunyai hak ke atas hasil pertanian dan rakyat diberi hak untuk mengusahakan sendiri tanah-tanah pertanian. Sokongan rakyat terhadap mereka menjadi semakin kuat.
Strategi demi strategi tersebut dijayakan dengan sempurna sehingga berlaku rusuhan hampir setiap hari dan berterusan sehingga revolusi mencapai ‘objektif pertama’ (ia bukan objektif utama) iaitu menjatuhkan hukuman mati terhadap keluarga diraja Perancis pada 21 Januari 1799 di satu lokasi (salah satu lokasi ritual satanism) di Place de La Concorde.
Keamanan tidak terus wujud dan masih berlaku rusuhan di kalangan rakyat yang mahu melihat pembaharuan dilakukan segera oleh pemerintahan baru walaupun selepas meraikan kejayaan menamatkan sistem beraja. Mereka terus merancang dan merancang untuk menyempurnakan agenda memiliki Perancis secara total.
Pada 9 November 1799, Napoleon Bonaparte dilantik sebagai ketua negara dan digelar Maharaja yang akhirnya menyempurnakan Revolusi. Pemerintahan Bonaparte menjadi titik mula kepada pemerintahan Perancis yang lebih radikal dan memperluas rancangan untuk mencetus ilusi peperangan yang lebih besar dan seterusnya menubuhkan Amerika. (Perancis menghadiahkan Statue of Liberty kepada Amerika sebagai tanda persahabatan dan tanda memori indah kepada pemimpin-pemimpin Amerika terhadap ‘petualangan’ Illuminati Perancis dalam merancang penubuhan Amerika, rahsia ada di sebalik peristiwa Revolusi Perancis).
SIMBOL-SIMBOL ILLUMINATI
Sebelum kita pergi lebih jauh, adalah lebih baik jika kita mengenali simbol-simbol yang digunakan oleh Illuminati bagi memudahkan anda mengikuti perbincangan ini.
The All Seeing Eye, Satu Mata bercahaya seperti matahari yang terapung diatas Unfinished Pyramid.
Tambahan: perhatikan perkataan One Troy Ounce 99.9% fine silver di sebelah kanan gambar, 99.9 atau 999 akan menjadi 666 iaitu nombor kod penyembahan syaitan jika diterbalikkan.
Isyarat tangan: Devil’s Horn
Pentagram di tengah bandar Washington, ia boleh dilihat dengan memerhati struktur jalan di Washington, bucu paling bawah ialah terletaknya White House
Structure of Power
Star of David, ia boleh dilihat dengan memerhati struktur jalan di Washington, bucu paling bawah dalam segi enam ialah terletaknya White House
Bismillah, al-Rahman, al-Rahiim
Penulisan ini adalah untuk kesedaran kita semua, niat hanya kerana Allah…
Sebelum kita masuk kepada topik keturunan Illuminati, adalah lebih baik kita memahami pesanan Muhammad SAW terhadap umat Islam mengenai kepentingan menjaga, melindungi dan memelihara keturunan para nabi.
Juga, fahami dahulu maksud penulis mengenai pesanan ini,sesungguhnya perang akhir zaman adalah peperangan antara keturunan para nabi memerangi keturunan musuh Allah.
Maksud hadis:
“Tidak akan kiamat dunia ini sehingga ada seorang lelaki daripada keluargaku yang akan memimpin bangsa Arab, namanya sesuai (serupa) dengan namaku.” (Hadis riwayat Abu Dawud).
Rasulullah bersabda: “Al-Mahdi berasal dari keturunanku, keturunan dari Fatimah.” (Hadis riwayat Abu Dawud).
Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sukakah aku ceritakan kepadamu tentang Dajjal, yang belum diberitakan oleh nabi kepada kaumnya. Sungguh Dajjal itu buta mata sebelahnya dan ia akan datang membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka, adapun yang dikatakan syurga, maka itu adalah neraka. Dan aku memperingatkan kalian sebagaimana Nabi Nuh a.s memperingatkan kepada kaumnya.
Maka sebaik sahaja Yahudi mengetahui bahawa Messiah (al-Mahdi) akan lahir daripada keturunan Muhammad, mereka merancang pelbagai komplot untuk menghapuskan keturunan Muhammad. Ia dimulakan dengan pembunuhan saudara Rasullullah iaitu Saidina Ali dan usaha itu terus berlarutan… sehingga kiamat. Ia dibuat bagi menamatkan keturunan Muhammad dan menghalang kelahiran a-Mahdi Islami dan menjayakan cita-cita mereka mengembalikan al-Mahdi Palsu iaitu Dajjal yang bermata satu.
Keturunan Elit yang memerintah dunia hari ini Siapa yang menguasai dunia hari ini dan merancang setiap peristiwa yang berlaku, dunia sebenarnya dikuasai oleh 13 keturunan (bloodline) Illuminati. Dengan memahami dan mengenali semua keturunan illuminati ini, kita akan menemui banyak jawapan kepada setiap agenda terselindung yang mereka rancang selama ini.
Perancangan mereka termasuk menubuhkan United Nations atau Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), penubuhan Israel yang didalangi Rothschilds, rancangan mengasaskan ajaran Jehovah Witnesses dalam mazhab Kristian, The Ignorant Worshippers (Black Metal) dan banyak lagi. Kenyataan adalah jauh lebih asing daripada rekaan.
Keturunan Illuminati ini adalah:
1. Astor Bloodline
2. Bundy Bloodline
3. Collins Bloodline
4. DuPont Bloodline
5. Freeman Blodline
6. Kennedy Bloodline
7. Onassis Bloodline
8. Li Bloodline
9. Reynolds Bloodline
10. Rockerfeller Bloodline
11. Rothschild Bloodline
12. Russel Bloodline
13. Van Duyn Bloodline
dan…
*Merovingian (keturunan keluarga diraja di Eropah)
Kita juga akan memahami peranan bloodlines ini dengan The Mormon Leadership sepanjang topik Keturunan Illuminati ini berlangsung dalam sub-sub bahagian.
ASTOR BLOODLINE
Keturunan ini adalah kesinambungan daripada darah Yahudi yang berhijrah ke Jerman sejak abad ke-18, namun identiti Yahudi yang wujud dalam keturunan ini sejak zaman tamadun Babilon tidak dapat dirahsiakan sekiranya kita menjejak mereka dengan sumber sejarah.
Salasilah keturunan ini mula direkodkan secara rasmi oleh John Jacob Astor (1763-1884). Pada 1784, Jacob Astor mengadakan pertemuan dengan sebuah pertubuhan rahsia di England untuk mendapatkan sumber kewangan sebelum berhijrah ke Amerika dan menyertai sebuah pertubuhan rahsia di Amerika iaitu Masonic Lodge.
Ketibaannya di Amerika disambut oleh dua ahli Illuminati iaitu Presiden Jefferson dan Setiausaha Kerajaan Amerika, Gallatin yang akhirnya memberi kuasa ekonomi dan politik kepada Astor untuk terlibat sama dalam pemerintahan Amerika. Astor kemudian mengadakan kerjasama dengan George Clinton (ahli Illuminati) dalam memonopoli perdagangan di pelabuhan tanpa sebarang sekatan.
Astor bukan sahaja diberi kuasa ekonomi melalui Committee of 300 di pelabuhan malah menjadi pengeksport candu untuk di bawa ke China dalam menjayakan agenda Britain menjajah China (tahu peristiwa perang candu di China?).
Seorang penulis sejarah, John Coleman menjelaskan dalam bukunya, The Conspirator’s Hierarchy: The Story of the Committee of 300, mukasurat 131: “John Jacob Astor made a huge fortune out of the China opium trade …. it was the Committee of 300 who chose who would be allowed to participate in the fabulously lucrative China opium trade, through its monopolistic BEIC, and the beneficiaries of their largest remained forever wedded to the Committee of 300.”
Pada hujung dekad 1800, Illuminati yang dibiayai Freemason mula menggiatkan agenda dengan menubuhkan lebih banyak ‘pertubuhan masyarakat’ dan pada masa yang sama mengadakan mesyuarat secara rahsia (memperkuda) untuk merancang lebih banyak agenda di sebalik pertubuhan masyarakat yang ditubuhkan. Pada 1901, keturunan Astor menubuhkan Pilgrim Society yang sebenarnya melindungi pergerakan Amer & Brit yang dianggotai ahli-ahli Illuminati Peringkat Ke-6 atau Princes of the Illuminati.
Antara perancangan awal yang dijalankan secara sulit ialah mencipta ideologi baru untuk melenyapkan kepercayaan agama dengan kekuasaan ekonomi melalui strategi monopoli, dan menggabungkan semua negara di dunia yang menerima pakai ideologi itu. Perancangan itu dijayakan dengan kerjasama pertubuhan Skull & Bones di Rusia. Nancy Astor (cucu perempuan John Jacob Astor) membuat lawatan ke Rusia pada 1930 dan secara senyap mengadakan kerjasama dalam merancang strategi komunism yang menolak kepercayaan kepada tuhan, mengambil hati orang ramai melalui idea hak sama rata, memiliknegara harta dengan memonopoli ekonomi, dan menyatukan negara-negara komunis untuk berkuasa di bawah satu order.
Pilgrim Society masih wujud hingga kini dan dikendalikan keturunan Astor termasuk anak cucu David Astor, John Jacob Astor VIII dan William Waldorf Astor III. Pada 1970-an, Baron Astor of Hever dilantik sebagai Presiden Pilgrims Society di London bagi menjayakan agenda Illuminati melalui pertubuhan Skull & Bones di London yang bergerak secara rahsia.
Satu sisi rahsia, keturunan Astor berkembang daripada keturunan Astorga di Selatan Itali sejak abad ke-17. Asal nama Astorga dan Astor adalah daripada nama ‘Astarte’ iaitu wanita istana daripada keturunan diraja tamadun Babilon yang mengamalkan ritual penyembahan syaitan. Astarte juga dikenali sebagai Semiramis atau Tuhan Bulan (patung Statue of Liberty di Amerika adalah manifestasi Semiramis). Semiramis juga disembah bersama Nimrod dan Tammuz. Dalam agama Mesir purba; Semiramis, Nimrod (Namrud) dan Tammuz disebut sebagai triniti Osiris, Isis, and Horus (One-Eyed Sun God). Ia juga menjadi asas kepada kepercayaan triniti yang diserap masuk ke dalam agama Rom dan Greek dan akhirnya mengubah kisah Isa yang digelar Anak Tuhan seperti dalam ajaran Kristian hari ini, triniti sebenarnya satu kepercayaan kuno yang berlegar dalam persekitaran ritual penyembahan syaitan yang mendewakan manusia.
Gambar menunjukkan Queen Semiramis memegang api di tangan kanan dan salib Babilon di tangan kiri.
Gambar menunjukkan Statue of Liberty memegang obor (api) di tangan kanan. Kedua-duanya memiliki duri di kepala. Apa maksudnya? Amerika adalah negara dikuasai penyembah syaitan dan keturunan para pemimpinnya adalah daripada golongan yang mempercayai agama purba dan menentang Allah sejak zaman para nabi.
Jadi, keturunan Astor adalah kesinambungan daripada keturunan golongan diraja penyembah syaitan sejak zaman tamadun awal Babilon dan Mesir, mereka adalah keturunan pemerintah dari kalangan elit istana. Itulah yang dimaksudkan keturunan elit (The Elites).
BUNDY BLOODLINE
Sekitar 1980-an, Ted R.Bundy merupakan salah seorang pembunuh bersiri yang melakukan banyak pembunuhan terhadap orang awam (orang awam yang tidak ada kaitan dengan kegiatan gangster). Menurut taman wanita Bundy iaitu Elizabeth Kendall dalam bukunya, The Phantom Prince My Life yang diterbitkan pada 1981, Kendall menyatakan bahawa Bundy pernah menelefon dan memberitahunya mengenai ‘ada satu kuasa yang meminta dia membunuh seseorang’.
Berikut adalah yang diberitahu Bundy kepada Kendall:
“I don’t have a split personality. I don’t have blackouts. I remember everything I’ve done. Like Lake Sammamish. We went out to Farrell’s for ice cream after eating hamburgers. It wasn’t like I had forgotten or couldn’t remember, but it was just over…gone…the force wasn’t pushing me any more. I don’t understand it. The force would just consume me.”
“Aku tidak ada masalah kecelaruan personaliti. Aku tak gila. Aku ingat setiap (perkara) yang aku buat. Seperti di Lake Sammamish. Kita keluar ke (kedai) Farrell’s untuk beli ais krim selepas makan burger. Ia bukan seperti aku lupa atau kurang ingat, tapi semua sudah berlalu…. kuasa itu tak paksa aku (bunuh) lagi. Aku tak faham. Kuasa itu hanya mahu guna (perlu khidmat) aku.”
‘The Force’ adalah merujuk kepada peringkat tertinggi dalam Satanism. Ingat dalam filem Star Wars? Obi Wan Kenobi berpesan kepada Luke Sywalker ‘The Force be with you’ (anda faham agenda Hollywood? kita akan masuk ke topik Hollywood dalam perbincangan lain).
Namun siapakah Ted Bundy? Bundy merupakan seorang yang sangat misteri namun kebanyakan kes pembunuhan yang dilakukan Bundy tidak diceritakan secara terperinci dalam akhbar-akhbar di Washington ketika itu. Tetapi apabila kita mula menyelongkar kisah sebenar Bundy dengan mengkaji pengaruh keluarganya, kita dapati keturunan Bundy mempunyai kerjasama erat dengan syarikat akhbar dan polis.
Latar belakang Bundy menjadi begitu rahsia sehingga sukar untuk mengetahui setiap pergerakan dalam agenda Illuminati. Ted Bundy adalah bekas pelajar perundangan di University Puget Sound di Washington tetapi tidak memperoleh keputusan cemerlang dalam pengajian dan pada masa yang sama melengkapkan ritual pembunuhan. Namun yang menjadi kunci kepada perkaitan antara Ted Bundy dengan Illuminati ialah, Bundy sanggup memandu dari Washington ke Florida hanya semata-mata untuk menghadiri majlis kempen yang dikendalikan Nelson Rockerfeller pada 1968. Bundy kemudiannya dilantik menjadi Penolong Pengerusi Jawatankuasa Pusat Parti Republikan di Washington.
Gambar atas: Logo-logo polis di Amerika. Gambar bawah: Simbol Mason. Nampak ada persamaan simbol?
Sebahagian daripada generasi Bundy hari ini memainkan pengaruh besar dalam menjayakan New World Order dengan mengekalkan kuasa dalam politik di Amerika. Keturunan ini merupakan antara Illuminati terawal yang berhijrah ke Amerika dan menganggotai Congress pada abad ke-19 dan mula mengukuhkan kedudukan politik mereka pada abad ke-20.
Dua kunci utama dalam mengaitkan Bundy dengan Illuminati ialah keturunan ini mengendalikan Watch Tower Society melalui Walter H. Bundy bersama keturunan Russel iaitu Charles Taze Russelpada 1909 dan mereka sering berulang alik ke London dengan ‘tujuan’ yang tidak pasti.
Berikut adalah beberapa ahli-ahli keturunan Bundy dalam pergerakan rahsia:
1. Frederick McGeorge Bundy (1921); ahli Skull & Bones, Pengerusi North Atlantic Fillet Council
2. Harriet Lowell Bundy – berkahwin dengan Gasper d’Andelott Belin yang juga ahli Skull & Bones.
3. Harvey Hollister Bundy (1888-1963) – Seorang ahli Skull & Bones pada 1909, juga merupakan Pembantu Khas kepada Setiausaha War Stimson dalam Skull & Bones, mengendalikan Manhattan Project dalam perdagangan gula dan pada 1952 dilantik sebagai Presiden World Peace Foundation.
4. Harry W. Bundy – ahli Mason memegang peringkat darjah ke-9 Chief Adept Mason
5. McGeorge Bundy - ahli Skull & Bones pada 1940, Presiden Ford Foundation, Ahli Mesyuarat Rahsia Bilderberg, Penasihat Keselamatan Amerika.
6. William Putnam Bundy - ahli Skull & Bones, ejen C.I.A, ahli Steering Committee, Pengerusi National Goals. ahli Jawatankuasa kerjasama pertubuhan-pertubuhan Elit di Washington.
Collin Bloodline
Menurut seorang penulis, Fritz Springmeir, maklumat mengenai keturunan Collin didedahkan oleh seorang bekas pengikut (bawahan) Illuminati yang meninggalkan pertubuhan Dajjal itu selepas melihat sekumpulan kanak-kanak lelaki dikorbankan dalam upacara ritual.
Pada 1955, mesyuarat wanita penyimpan rahsia (ahli mesyuarat ialah para wanita Illuminati) yang turut dihadiri keturunan Rothschild kerap diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun di beberapa lokasi sekitar Washington. Mesyuarat itu pula melantik keluarga Collin sebagai Grande Druid Mother dalam mengetuai mesyuarat kerana ‘kekuatan’ tradisi keluarga itu yang kerap mengadakan ritual satanis. Ritual yang dilakukan keturunan Collin adalah jauh lebih kerap jika dibandingkan dengan Rothschild atau Rockerfeller.
Malah menurut Srpingmeir lagi, kedudukan kewangan keturunan Collin pula adalah lebik baik jika dibandingkan dengan Rothschild kerana mempunyai kepakaran dalam urusniaga matawang asing dan menguasai beberapa syarikat insurans utama. Keturunan Collin pula mewarisi persalinan ritual dalam tradisi Illuminati seperti gaun hitam dan mahkota bulan. Kedudukan Collin dalam mesyuarat wanita penyimpan rahsia itu turut dibantu ahli-ahli Grande Druids Council (wanita-wanita sihir) yang terdiri daripada 13 orang
Mesyuarat wanita Illuminati itu juga turut membincangkan strategi dengan nama kod ‘The Ark of Covenant’ untuk mengambil kesempatan terhadap situasi perkembangan dunia dalam menjayakan agenda One World Government termasuk strategi-strategi jangka pendek yang akan memberi kesan jangka panjang kepada dunia. Mesyuarat khas mengenai projek rahsia The Ark of Covenant tersebut diadakan di satu lokasi di Afrika dan disertai ritual pemujaan syaitan.
Ritual tersebut dimulakan dengan ketibaan 7 kanak-kanak lelaki keturunan Illuminati berpakaian gelap mengiringi Grande Druid Mother dan semua ahli mesyuarat tunduk apabila Collin melepaskan seekor ular. Kemudian sekumpulan 7 kanak-kanak lain (mungkin diculik) dibawa masuk ke ruang ritual dan dikorbankan dengan cara menetak kapak di kepala, kemudian darah semua 7 kanak-kanak malang itu pula digunakan untuk ritual seterusnya iaitu ritual ‘penyempurnaan’ anak-anak Illuminati.
(Dalam kebanyakan kes kanak-kanak hilang dan tidak ditemui semula, ia mungkin ada kaitan dengan keperluan Illuminati untuk menjalankan ritual ini)
Anak-anak Illuminati ini menggunakan darah kanak-kanak yang dikorbankan itu sebagai dakwat untuk menulis surat sumpah setia dalam menjayakan agenda menyesatkan dunia dengan perantaraan syaitan.
Keturunan Collin juga termasuk James Collin (Illuminati Peringkat Darjah Kelapan) dan Daniel Collin (juga Peringkat Darjah Kelapan) memainkan peranan penting dalam menggerakkan beberapa pertubuhan Illuminati yang lain seperti Societas Rosicruciana, OTO, Golden Dawn dan Stella Matutina yang dianggotai golongan Elit di sekitar Amerika Utara termasuk Kanada.
Kemudian pada 1978, Yvonne Collin yang disembah seperti dewi meneruskan ‘tugas’ memimpin mesyuarat wanita penyimpan rahsia dan berterusan meneruskan ritual-ritual korban kanak-kanak selain turut meneruskan tradisi Illuminati iaitu hanya wanita daripada keturunan druids (ahli sihir) atau witches sahaja yang akan dilengkapi pengetahuan sihir dan keturunan Collin sendiri adalah pengamal sihir terhebat dalam pergerakan Illuminati.
Perlu difahami, keturunan Illuminati berbangga dengan darah warisan yang mereka warisi sejak turun temurun dari zaman Babilon (mungkin lebih awal daripada zaman Nabi Idris/Enoch) dan kebolehan tersendiri seperti sihir dan pengamalan ritual dikekalkan sehingga hari ini.
Grande Druide Master pula akan memperturunkan ilmu sihir mereka kepada anak-anak yang terpilih untuk meneruskan ritual penyembahan menurut ritual amalan Legena (isteri syaitan) yang diwarisi keturunan Collin ini, malah keturunan mereka juga menguasai banyak gereja Kristian di sekitar Virginia, Amerika.
Tidak sangsi bahawa gereja dan agama Kristian adalah hanya subjek atau bahan untuk ritual penyembahan secara teratur dan terahsia, salah seorang dalangnya adalah keturunan Collin.
Pada tempoh dua minggu selepas Ronald Reagan menjadi presiden Amerika, satu golongan Illuminati yang diketuai keturunan Collin mula membanjiri kota Washington untuk merancang pengambil alihan tampuk politik Amerika. Kumpulan ini giat merancang untuk menjadikan seorang ahli pertubuhan Bones & Skull, George Bush menjadi presiden dan seterusnya memendekkan tempoh pentadbiran Reagan. Bermula daripada saat itu, Bones & Skull menjadi semakin aktif menjalankan misi Illuminati untuk menguasai politik. Ia adalah permulaan baru kepada konsep New World Order yang berselindung di bawah demokrasi. Tidak seperti sebelum ini di mana mereka berselindung di sebalik Nazi, Komunis dan siri-siri peperangan besar.
Dalam menjayakan agenda sulit ini, Ted Bundy kemudian bekerjasama dengan Bones & Skull melalui pertolongan kuasa politik Rockerfeller, serta kuasa media yang dimiliki keluarga Bundy. Malah, mereka juga menguasai CIA, FBI dan sebagainya dalam menjayakan agenda sulit yang sudah dirancang sejak zaman-berzaman.
Beberapa ahli keluarga Collin dalam hal pentadbiran Amerika uang menjalankan misi Illuminati secara rahsia:
• Copp Collins – Terlibat dalam hal politik mellaui parti Republicans, juga terlibat dalam perdagangan petroleum melalui Bahrain Petroleum Co. Ltd pada 1950-an.
• Hugh Collins – terlibat dalam agenda Marxism.
• James Foster Collins – Perantara politik Amerika dengan Sekretariat PBB, ahli senat Suruhanjaya Atom Amerika (1946-1949)
• Jim Collins – Penulis buku UFOs, mysticism, Uri Geller dan sebagainya.
• John Anderson Collins – Terlibat dalam usahasama Illuminati melalui Unitarians, Rosicrucians & Masons, seorang yang terlibat dalam agenda sosialis komunis sekitar 1840-an.
• Robert DeVille Collins – ejen penyiasat dan bekerjasama dengan NATO pada 1973-1976, mengetuai pegawai-pegawai politik pada 1980-1982, pernah bertugas di Roma, Itali melalui Gereja Katolik Rom dengan mandat oleh Pope Katolik.
Ketika peristiwa Civil War di Amerika, keluarga Collin berpecah disebabkan fakor perang dan sebahagiannya menukar nama keluarga kepada Todd, Putman dan juga Bower. Bahkan keluarga Rothschild juga ada antaranya menukar nama kepada Bauer. Malah bekas presiden Amerika, Madison dan Lincoln juga mengahwini wanita dengan nama keluarga Todd untuk mengekalkan bloodline mereka. Abraham Lincoln adalah ahli Rosicrucian dan ahli Order of the Lily’s of Three dan dia mengahwini wanita Todd untuk memperoleh kuasa politik yang lebih besar daripada pengaruh keluarga Rothschild, Rockerfeller dan Onassises.
Keturunan Collin berasal daripada bangsa Yahudi dan mula bertapak di England (atas jemputan Buckingham) pada tahun 1630-an dan seterusnya berhijrah ke Amerika (atas jemputan pemimpin-pemimpin politik Amerika) untuk menguasai politik zionis dan menjayakan agenda Illuminati.
Keturunan Collin adalah antara yang paling berkuasa dalam hal ehwal dunia dengan menjalinkan kerjasama bersama Van-Duyn, Rothschild dan lain-lain bloodline.
Pada 1897, Thomas Russel pernah menulis sebuah buku ‘Be Wise As Serpent’ berkaitan keturunan Collin yang menukar nama kepada Putman dan Putnam. Buku itu juga menceritakan mengenai keturunan Clinton yang mempunyai kaitan dengan keturunan Collin daripada salasilah Dewitt Clinton Collin (ahli Skull & Bones pada tahun 1630) di mana nama keluarga iaitu Collin digugurkan sehingga menjadikan Clinton sebagai nama keluarga. Padahal, Clinton dan Collin adalah daripada keturunan yang sama.
Bukan sahaja menukar nama kepada Clinton, Todd dan Putman, tetapi Thomas Russel turut mendedahkan keturunan Collin yang semakin besar itu juga menukar nama keluarga kepada Whitney dan Harriman. Bill Clinton (bekas Presiden Amerika) juga adalah berasal daripada keturunan Collin yang menukar nama kepada Harriman dan kemudian kepada Clinton sejak abad-abad ke 17 hingga ke abad 20.
Tidak cukup lagi, pecahan daripada keturunan Collin juga menukar nama kepada Payne dan Vanderbilts menerusi perkahwinan. Keturunan Collin yang menukar nama kepada Payne ini juga memainkan peranan dalam firma-firma Rockerfeller dan syarikat minyak Standard Oil. Pecahan generasi daripada Payne iaitu Harry Payne kemudian mengahwini Gertrude Vanderbilt pada 1896 (boleh dikatakan ia adalah perkahwinan antara sesama saudara).
Keturunan Collin juga terlibat dalam merancang melibatkan keluarga Bush (keturunan Bush adalah ahli Skull & Bones) iaitu Prescott Bush dalam politik pada dekad 1920-an. Dalam dekad itu, Averell Harriman (pecahan keturunan Collin) bersama Prescott Bush, keluarga Thyssen dan keluarga Rothschild menyumbang dana secara rahsia kepada Adolf Hitler untuk merancang Perang Dunia Kedua di mana agenda sebenar perang itu adalah untuk mewujudkan negara Israel dan Parti Bangsa Bersatu dalam pentas dunia. Ia juga adalah dua tapak akhir kepada agenda asal iaitu mempersiapkan takhta kepada Dajjal, anak syaitan yang mereka sembah.
Adolf Hitler atau keturunan Hitler adalah pecahan daripada keturunan Rothschild yang berasal dari Jerman. Keturunan Rothschild berasal dari Jerman dan kemudian berhijrah ke Amerika dan mengembangkan perniagaan ke Eropah, perjalanan keturunan Rothschild dan kaitannya dengan Hitler akan diterangkan dalam tajuk akan datang.
Malah, tabik Nazi yang kita kenal itu adalah salah satu daripada simbol pengenalan diri di kalangan Illuminati. Tabik itu digunakan pada masa itu adalah disebabkan pergerakan Illuminati masih tidak diketahui umum pada masa itu. Manakala simbol Nazi iaitu Swastika (salah satu simbol keagamaan dalam kepercayaan Hindu) yang diterbalikkan itu pula adalah mesej yang jelas mengenai pertalian Nazi dengan Illuminati. Anda juga akan lebih memahami setiap simbol yang digunakan Illuminati sebagai tanda pengenalan diri dan juga sebagai salah satu keperluan ritual dalam tajuk-tajuk akan datang. Golongan Illuminati penyembah syaitan ini biasanya menggunakan simbol-simbol agama yang diterbalikkan sebagai salah satu pengenalan diri mereka. Simbol swastika bukanlah mewakili bangsa Aryan seperti yang kita ‘diberitahu’, kita diberitahu seperti itu kerana mereka mahu kita berfikir seperti itu (mind control) dan jika benar ia adalah simbol mewakili bangsa Aryan yang Hitler banggakan, kenapa pula ia mesti diterbalikkan.
Menterbalikkan simbol agama adalah sama seperti menterbalikkan kepercayaan agama. Kerja menterbalikkan kepercayaan kepada tuhan adalah salah satu daripada sikap Yahudi sesat seperti yang kita tahu menerusi al-Quran. Mereka mencerca setiap agama secara terang-terangan. Malah mereka juga merancang menghina Allah menerusi agama Kristian. Dan agama Kristian yang direncanakan Paulus pula adalah pergerakan sulit lagi terancang dalam penyembahan matahari, buktinya anda akan temui dalam tajuk-tajuk akan datang. Agenda mereka sangat licik, janganlah kita terpedaya lagi dengan kerja-kerja ‘the hidden hand’ atau ‘the shadow’.
Semoga kebenaran akan tetap berdiri tegak dan kepalsuan tersungkur menyembah bumi…
Bersambung.........Bahaya Pertubuhan Rahsia 3


No comments:
Post a Comment