July 10, 2009

Beberapa Pelajaran Yang Dapat Dipetik Dari Kisah Nabi Adam A.S.

(Rujuk : sejarah nabi-nabi [Qashashul Anbiyaa'])

Daripada kisah Nabi Adam A.S dapatlah disimpulkan bahawa :-

1. Bahawasanya hikmah yang terkandung dalam perintah - perintah dan larangan - larangan Allah dan dalam apa yang diciptakan kadangakala tidak atau belum dapat dicapai oleh fikiran manusia malah oleh makhluk-Nya yang terdekat, sebagaimana telah dialami oleh para malaikat tatkala diberitahu bahawa Allah akan menciptakan manusia yakni keturunan Adam untuk menjadi khalifah-Nya di bumi, sehingga mereka seakan - akan keberatan dan bertanya - tanya mengapa dan untuk apa Allah menciptakan jenis makhluk lain daripada mereka yang sudah patuh, rajin beribadah, bertasbih, bertasmid dan mengagungkan nama-Nya.

2. Bahawasanya manusia walaupun telah dikurniakan kecerdasan berfikir dan kekuatan fizik dan mental, ia tetap mempunyai beberapa kelemahan yang melekat pada dirinya, seperti sifat lalai, lupa dan khilaf. Hal mana yang telah terjadi pada diri Nabi Adam A.S. walaupun dia telah menjadi manusia yang sempurna dan dikurniai kedudukan yang istimewa di syurga, ia tetap tidak terhindar dari sifat - sifat manusiawi yang lemah. Ia telah lupa dan lalai dengan peringatan Allah kepadanya tentang pohon yang terlarang dan tentang iblis yang menjadi musuhnya dan musuh seluruh keturunannya sehingga terperosok ke dalam tipu daya iblis dan terjadilah pelanggaran pertama yang dilakukan oleh manusia terhadap larangan Allah.

3. Bahawasanya seseorang yang telah terlanjur melakukan maksiat dan berbuat dosa, tidaklah ia berputus asa dari rahmat dan ampunan Allah, asalkan ia sedar akan kesalahannya dan bertaubat tidak akan melakukannya lagi. Rahmat Allah dan maghrifahNya dan mencakup segala dosa yang diperbuat oleh hambaNya kecuali syirik, bagaimana pun besar dosa itu asalkan diikuti dengan kesedaran bertaubat dan pengakuan bersalah.

4. Sifat sombong dan bongkak selalu membawa akibat kerugian dan kebinasaan bagi yang empunya diri. Lihatlah iblis yang turun dari singgahsannya, dicabut kedudukkan sebagai seorang malaikat dan diusir oleh Allah dari syurga dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat pada dirinya hingga hari kiamat kerana kesombongannya dan kebanggaanya dengan asal usulnya sehingga ia menggangap dan memandang rendah kepada Nabi Adam A.S. dan menolak untuk bersujud menghormatinya walaupun diperintahkan oleh Allah S.W.T.

- AMIN -