ISRAK dan Mikraj adalah peristiwa luar biasa, melangkaui pancaindera manusia tetapi membuktikan keagungan dan kekuasaan Allah yang menguasai langit dan bumi.
Mungkin bagi sesetengah orang, ia dianggap karut dan tidak logik atau dongeng tetapi bagi umat Islam, mereka wajib mempercayai peristiwa itu.
Malah, ulama mencapai kata sepakat, orang Islam yang meragui atau tidak mempercayainya adalah terkeluar dari Islam.
Peristiwa itu dirakamkan dalam al-Quran. "Maha suci Allah yang menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (al-Isra':1)
Israk bermakna perjalanan Nabi Muhammad s.a.w pada suatu malam dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin, dalam tempoh singkat.
Mikraj ialah perjalanan Nabi Muhammad s.a.w naik dari alam bawah (bumi) ke alam atas (langit) sampai ke tujuh langit dan ke Sidratul Muntaha, iaitu dari Masjidil Aqsa di Palestin naik ke atas melalui beberapa lapisan, menuju Baitul Makmur dan Sidratul Muntaha, ke Arasy menerima wahyu Allah yang mengandungi perintah solat lima waktu sehari semalam.
Daripada riwayat menceritakan beberapa liku kejadian dialami baginda, tidak kurang dengan kejadian aneh bermula dari awal.
Peristiwa itu berlaku pada tanggal 27 Rejab tahun ketiga sebelum Nabi s.a.w berhijrah. Ketika itu, nabi tidur di makam Nabi Ismail a.s dekat Kaabah diapit dua saudaranya, Jaafar dan Hamzah bin Abu Talib.
Tiba-tiba, datang malaikat Jibril membawanya dan membelah dadanya. Hati baginda dibersihkan dengan air zam-zam, dibuang ketul hitam, diisinya dengan iman dan hikmah, kemudian ditutup kembali dan dimeterikan dengan 'khatimin nubuwwah.'
Selesai pembedahan, didatangkan sejenis haiwan iaitu Buraq untuk ditunggangi Rasulullah dalam perjalanan luar biasa (Israk) dan sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan ditemani Jibril.
Buraq berasal daripada perkataan Barq, bererti kilat. Buraq itu ialah binatang atau kenderaan yang kecepatannya seperti kilat.
Menurut sarjana, kecepatan kilat itu sama dengan kecepatan cahaya, iaitu 300,000 kilometer setiap saat. Kecepatan Buraq sekelip mata di antara Makkah dan Palestin.
Sampai di tempat tertentu Rasulullah s.a.w diarah Jibril berhenti dan melakukan solat dua rakaat seperti di Thaibah (Madinah), tempat baginda akan melakukan hijrah, Bukit Tursina (tempat Nabi Musa a.s menerima wahyu) dan Baitul Laham (tempat Nabi Isa a.s dilahirkan).
Dalam perjalanan itu juga baginda mengalami beberapa kejadian seperti gangguan jin Ifrit dan menyaksikan golongan yang sedang bercucuk tanam, terus menuaikan hasil tanaman.
Baginda juga menyaksikan tempat yang berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suami dan anaknya yang dibunuh Firaun, segolongan sedang memecahkan kepala, golongan yang menutup kemaluan mereka dengan secebis kain serta lelaki dan perempuan makan daging mentah berbau busuk.
Apabila ke Hadhratul Qudus untuk bertemu Allah baginda didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah dan Jibril naik ke tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Di langit pertama Nabi bertemu dengan Nabi Adam a.s. Baginda diperlihatkan roh syuhada di sebelah kanan Nabi Adam dan roh manusia yang rugi di sebelah kirinya.
Selepas itu, di langit kedua baginda bertemu Nabi Yahya dan Nabi Isa, di langit ketiga dipertemukan dengan Nabi Yusuf, di langit keempat bersama Nabi Idris dan di langit kelima dengan Nabi Harun, yang turut mengucapkan salam kepadanya.
Tiba di langit keenam baginda berjumpa dengan Nabi Musa a.s dan Nabi Ibrahim di langit ketujuh.
Di langit ketujuh Nabi juga diperlihatkan alam ghaib malaikat yang setiap harinya tidak kurang daripada 70,000 malaikat keluar masuk.
Kemudian, dari langit ketujuh Nabi terus dibawa ke langit yang lebih atas, iaitu Sidratul Muntaha dan ke Mustawa.
Nabi s.a.w diperlihatkan Sidrah dan gerak geri qalam dalam menulis, malah baginda juga diperlihatkan malaikat Jibril dalam bentuk yang sebenar.
Baginda juga bermunajat dengan Allah dan dalam munajat itu baginda menerima perintah melakukan solat 50 waktu sehari semalam yang kemudian dipendekkan kepada lima waktu saja, selepas melalui permintaan berulang kali atas usul Nabi Musa.
Rasulullah kembali ke Masjidil Haram di Makkah dengan selamat dan bersyukur kepada Allah.
Antara tanda kebesaran diperlihatkan kepada baginda ialah kehebatan perjalanan itu yang hanya mengambil waktu semalaman, menggunakan kenderaan Buraq yang tidak pernah dikenali manusia.
Kehebatan perjalanan itu sukar dimengertikan akal manusia. Tetapi yang nyata itulah bukti kekuasaan Allah yang mencabar keimanan manusia untuk menerima dengan sepenuh hati.
Didalam blog ini saya cuba menghimpunkan semua ilmu-ilmu yang dapat dimanafaatkan bersama, supaya hidup kita ini lebih bermakna. Sekiranya ada diantara anda yang ingin berkongsi ilmu atau pengetahuan yang anda tahu sila la jadi 'follower' blog ini. Semoga kita semua dirahmati Allah selalu. Insya'Allah
Blog Archive
July 24, 2009
July 21, 2009
Ruqhyah
Pengertian Ruqyah
Ruqyah secara bahasa adalah jampi-jampi atau mantera. Ruqyah secara syar'i (ruqyah syar'iyyah) adalah jampi-jampi atau mantera yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir atau untuk perlindungan dan sebagainya, dengan hanya menggunakan ayat-ayat Al-Quran atau doa-doa yang bersumber dari hadits-hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan doa-doa yang difahami maknanya selama tidak mengandungi unsur2 kesyirikan.
Ruqyah secara umum terbagi kepada dua macam;
Pertama; Ruqyah yang diperbolehkan oleh syari'at Islam yaitu disebut ruqyah syar'iyyah.
Kedua; Ruqyah yang tidak dibolehkan oleh syari'at Islam, yaitu ruqyah dengan menggunakan bahasa-bahasa yang tidak difahami maknanya atau ruqyah yang mengandung unsur-unsur kesyirikan. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Perlihatkan kepadaku ruqyah kalian, dan tidak apa-apa melakukan ruqyah selama tidak ada unsur syirik" (HR.Muslim)
Syarat Ruqyah Syar’iyyah
Para ulama sepakat membolehkan ruqyah dengan tiga syarat;
• Dengan mempergunakan firman Allah(ayat-ayat Al-Qur'an) atau mempergunakan nama-nama dan sifat-sifat-Nya.
• Mempergunakan bahasa Arab atau bahasa yang difahami maknanya.
• Berkeyakinan bahwa zat ruqyah tidak berpengaruh apa-apa kecuali atas izin Allah subhanahu wata’ala.
wallahu'alam
ayat-ayat rukyah.
Al-Fatehah ( surah 1 : ayat 1-7 )
Al-Baqarah ( surah 2 : ayat 1-5 )
Al-Baqarah ( surah 2 : ayat 102 )
Al-Baqarah ( surah 2 : ayat 163-164 )
Al-Baqarah ( surah 2 : ayat 255 )
Al-Baqarah ( surah 2 : ayat 285-286 )
Al-Imran ( surah 3 : ayat 18-19 )
Al-A'Araf ( surah 7 : ayat 54-56 )
Al-A'Araf ( surah 7 : ayat 117-122 )
Yunus ( surah 10 : ayat 81-82 )
Taha ( surah 20 : ayat 69 )
Al-Mukminin ( surah 23 : ayat 115-118 )
As-Shaffat ( surah 37 : ayat 1-10 )
Al-Ahqaf ( surah 46 : ayat 29-32 )
Ar-Rahman ( surah 55 : ayat 33-36 )
Al-Hasyr ( surah 59 : ayat 21-24 )
Al-Jin ( surah 72 : ayat 1-9 )
Al-Ikhlas ( surah 112 : ayat 1-4 )
Al-Falaq ( surah 113 : ayat 1-5 )
An-Naas ( surah 114 : ayat 1-6 )

July 13, 2009
Pelajar Yang Dapat Dipetik Dari Kisah Habiel Dan Qabiel
(Rujuk : Sejarah Hidup Nabi - Nabi[Qashashul Anbiyaa'])
1. Bahawasanya Allah S.W.T. hanya menerima qurban dari seseorang yang menyerahkannya dengan tulus dan ikhlas, tidak dicampuri dengan sifat riya', takbur atau ingin dipuji. Barang atau binatang yang diqurbankan mestilah yang masih baik dan sempurna dan dikeluarkannya dari harta dan penghasilan yang halal. Jika qurban itu berupa binatang sembelihan, mestilah yang sihat, tidak berpenyakit ataupun cacat, dan jika berupa bahan makanan mestilah yang masih segar, baik dan tidak busuk.
2. Bahawasanya penyelesaian jenazah manusia yang terbaik adalah dengan cara penguburan sebagaimana telah diajarkan oleh Allah kepada Qabiel. Itulah cara yang paling sesuai dengan martabat manusia sebagai makhluk yang dimuliakan dan diberi kelebihan oleh Allah diatas makhluk - makhluk lainnya, menurut firman Allah dalam surah "Al-Isra" ayat 70 yang ertinya : "Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak - anak Adam. Kami angkat mereka dari daratan dan lautan. Kami beri mereka rezeki dari yang baik - baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan."
- Amin -

July 10, 2009
Beberapa Pelajaran Yang Dapat Dipetik Dari Kisah Nabi Adam A.S.
(Rujuk : sejarah nabi-nabi [Qashashul Anbiyaa'])
Daripada kisah Nabi Adam A.S dapatlah disimpulkan bahawa :-
1. Bahawasanya hikmah yang terkandung dalam perintah - perintah dan larangan - larangan Allah dan dalam apa yang diciptakan kadangakala tidak atau belum dapat dicapai oleh fikiran manusia malah oleh makhluk-Nya yang terdekat, sebagaimana telah dialami oleh para malaikat tatkala diberitahu bahawa Allah akan menciptakan manusia yakni keturunan Adam untuk menjadi khalifah-Nya di bumi, sehingga mereka seakan - akan keberatan dan bertanya - tanya mengapa dan untuk apa Allah menciptakan jenis makhluk lain daripada mereka yang sudah patuh, rajin beribadah, bertasbih, bertasmid dan mengagungkan nama-Nya.
2. Bahawasanya manusia walaupun telah dikurniakan kecerdasan berfikir dan kekuatan fizik dan mental, ia tetap mempunyai beberapa kelemahan yang melekat pada dirinya, seperti sifat lalai, lupa dan khilaf. Hal mana yang telah terjadi pada diri Nabi Adam A.S. walaupun dia telah menjadi manusia yang sempurna dan dikurniai kedudukan yang istimewa di syurga, ia tetap tidak terhindar dari sifat - sifat manusiawi yang lemah. Ia telah lupa dan lalai dengan peringatan Allah kepadanya tentang pohon yang terlarang dan tentang iblis yang menjadi musuhnya dan musuh seluruh keturunannya sehingga terperosok ke dalam tipu daya iblis dan terjadilah pelanggaran pertama yang dilakukan oleh manusia terhadap larangan Allah.
3. Bahawasanya seseorang yang telah terlanjur melakukan maksiat dan berbuat dosa, tidaklah ia berputus asa dari rahmat dan ampunan Allah, asalkan ia sedar akan kesalahannya dan bertaubat tidak akan melakukannya lagi. Rahmat Allah dan maghrifahNya dan mencakup segala dosa yang diperbuat oleh hambaNya kecuali syirik, bagaimana pun besar dosa itu asalkan diikuti dengan kesedaran bertaubat dan pengakuan bersalah.
4. Sifat sombong dan bongkak selalu membawa akibat kerugian dan kebinasaan bagi yang empunya diri. Lihatlah iblis yang turun dari singgahsannya, dicabut kedudukkan sebagai seorang malaikat dan diusir oleh Allah dari syurga dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat pada dirinya hingga hari kiamat kerana kesombongannya dan kebanggaanya dengan asal usulnya sehingga ia menggangap dan memandang rendah kepada Nabi Adam A.S. dan menolak untuk bersujud menghormatinya walaupun diperintahkan oleh Allah S.W.T.

- AMIN -
Subscribe to:
Comments (Atom)